SEJARAH ZUMBA
Zumba atau dikenali sebagai aerobik yang bermula di Colombia pada 1990-an adalah hasil daripada acara yang tidak dijangka.Pada waktu itu, jurulatih kesihatan popular Alberto Perez sedang mengendalikan kelas aerobik di sebuah pusat kesihatan. Beliau lupa membawa muzik aerobik yang sering dipasangnya semasa kelas. Namun begitu, Perez tidak mahu membatalkan kelasnya jadi dia menggunakan muzik yang ada iaitu muzik Latin. Kelas itu menjadi kelas Zumba yang pertama! Rutin Zumba lazimnya mempunyai koreografi tarian hip-hop, samba, salsa dan digabung dengan rutin senaman seperti squats atau lunges dan diiringi muzik Latin yang rancak. Zumba adalah senaman yang mudah bagi anda menggerakkan badan dalam persekitaran yang menyeronokkan. Jurulatih Zumba Kass Martin berkata: “Ia bukan program yang kompetitif. Ia bukan tentang gaya anda atau cara anda menari, tapi ia tentang bergerak aktif dan berseronok pada masa yang sama”. Dewasa ini, anda boleh menyertai kelas Zumba di gimnasium, pusat kesihatan dan juga studio tarian. Anda juga boleh mencari kelas Zumba yang direka khas untuk kanak-kanak dan warga emas.

Rujukan:
https://www.rodalewellness.com/fitness/why-you-should-give-in-to-the-zumba-craze
http://www.washingtonpost.com/wpdyn/content/article/2008/07/30/AR2008073001580.html
https://www.rodalewellness.com/fitness/why-you-should-give-in-to-the-zumba-craze
http://www.washingtonpost.com/wpdyn/content/article/2008/07/30/AR2008073001580.html
KEBAIKAN ZUMBA
1) JENIS SUKAN YANG MUDAH
Sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keselurahan anggota badan secara menyeluruh.
2) MEMBAKAR LEMAK
Kelebihan tarian Aerobik yang utama ialah membakar lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang terbakar dalam setiap langkah Aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda melakukan tarian Aerobik ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :
Langkah Aerobik secara perlahan – 68kg
|
Langkah Aerobik secara laju – 68kg
|
477 kalori
|
720 kalori
|
3) BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Langkah-langkah Aerobik ini menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.
4) MENSTABILKAN EMOSI
Langkah Aerobik ini merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobik yang dilakukan akan menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain.
5) SESUAI UNTUK SEMUA ORANG
Langkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa untuk melakukan latihan. .
6) MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN
Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil, ‘Journal of Strength and Conditional Research’. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.
RujukanArtikal dari http://www.fitnessrepublic.com/fitness/the-benefits-of-step-aerobics.html
Comments
Post a Comment