Definisi Kesihatan, Kesejahteraan dan Kecergasan

Definisi-definisi ini dapat membantu anda memahami beza antara kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan.

Kesihatan
Kesihatan bermaksud kemampuan melakukan kerja secara optimum sepanjang hayat. Konsep kesihatan terdiri daripada JERISP yang terkandung daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual, Sosial, dan Persekitaran.

Kesejahteraan
Kesejahteraan adalah keadaan di mana fizikal dan mental berada dalam keadaan yang baik. Kesejahteraan terdiri daripada 8 dimensi kesejahteraan iaitu Fizikal, Mental, Emosi, Intelektual, Spiritual, Persekitaran, Kewangan, dan Sosial.

Kecergasan
Kecergasan adalah kemampuan untuk melakukan rutin harian tanpa tenaga berlebihan. Terdapat dua jenis kecergasan iaitu kecergasan untuk menjalani aktiviti harian berlandaskan kesihatan. Komponen ini terdiri daripada Kekuatan, Kelenturan, Daya tahan otot, Daya tahan kardiovaskular, dan Komposisi badan. Selain itu, komponen kecergasan juga berlandaskan perlakuan motor iaitu Koordinasi, Kelajuan, Ketangkasan, Kuasa, Imbangan, dan Masa-reaksi.


Comments