Permainan Catur
Catur adalah sebuah permainan yang popular di serata
dunia kerana menggabungkan seni dan sains. Catur dilihat sebagai perang abstrak
dalam permainan kerana ia melibatkan kemahiran berfikir secara kritikal. Menguji
minda dan meningkatkan keupayaan mental merupakan aspek penting dalam permainan
catur.
Permainan catur adalah permainan berpapan
berstrategi abstrak untuk dua pemain. Mempunyai 64 petak yang silih berganti
warna, terang dan gelap dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada
dekat-lapan sudut apabila berdepan dengan papan.
Setiap pemain diberi 16 catur di mana ia bergerak
dalam hala kemas dengan jarak yang terhad. Setiap pemain mula bermain dengan
lapan bidak (bishop), dua satria (knight), dua tir (castle), dua gajah (pawn),
satu menteri (queen), dan satu raja (king). Objektif permainan catur adalah untuk “checkmate”
pihak lawan apabila tiada gerakan boleh dilakukan.
Menarik kan permainan catur ini? Ia bukan sahaja dapat menguji ketajaman minda kita malahan dapat membentuk tali persaudaraan antara satu sama lain apabila bermain catur. Oleh hal demikian, kami gemar bermain catur kerana banyak perkara yang ditimba melalui strategi dan corak permainan yang tepat. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Sambil bermain, kita dapat mengasah bakat dan mengurangkan tekanan yang dialami.
Comments
Post a Comment