DIY
POP UP GIFT BOX
by Mardhiah Muyassarah
by Mardhiah Muyassarah
Bahan-bahan
yang diperlukan:
o Gunting
o Pita
pelekat
o Pembaris
o Reben
o Kertas
warna 100gsm
o Pelekat
bercorak (Sticker and doodle)
Langkah-langkah:
1. Ukur dan gunting kertas warna kepada tiga ukuran
berbeza; Kertas bersaiz 15’x15’cm kepada tiga bahagian berukuran 5’x5’, 4.5’x4.5’
dan 3.5’x3.5’cm.
2. Lekatkan ketiga-tiga kertas ini mengikut saiz
dari besar ke kecil.
3. Lekatkan stiker mengikut kreativiti masing-masing
dan tulis ucapan. Gambar juga boleh diletakkan bersama-sama di dalam kotak
hadiah tesebut untuk menjadi lebih menarik.
4. Untuk penutup kotak, potong kertas bersaiz 10’x10’
kepada 2.5’x5’cm. Gunting satu garisan yang bersaiz 1’cm. Lipat dan lekatkan
dengan bahagian lain yang tidak digunting agar menjadi sebuah penutup. Pasang reben
supaya penutup kelihatan lebih menarik dan kemas.
Mudah dan ringkaskan langkah-langkah ini?! Selepas ini bolehlah anda mengasah kreativiti anda dan beri kepada orang yang tersayang sama ada ibu, bapa, adik-beradik, saudara-mara, mahupun kawan rapat. Kraf ini mungkin kelihatan kecil tetapi ia membawa makna yang sangat besar di dalam setiap unsur penghasilannya. Oleh itu, salurkan kasih sayang mu dengan setiap sentuhan dari jari-jemari anda. Selamat mencuba:’))
Comments
Post a Comment