Definisi Sukan & Bermain

Mari kita selami maksud sukan dan bermain!

Apa itu sukan?

Sukan merupakan segala aktiviti atau kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak, berenang, tenis, lumba lari, badminton dan sebagainya. Sukan dilakukan sebagai acara hiburan iaitu sama ada untuk tujuan pertandingan mahupun kegiatan untuk menyihatkan badan. Manakala senaman adalah merupakan latihan gerak badan. Rekreasi pula adalah suatu kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan  fikiran. Sebagai contoh aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking.

( Rujukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

Apa itu bermain?

Papalia dan Olds (1996) serta Santrock (2004) melihat bahawa bermain adalah ‘bisnes’ bagi kanak-kanak dan merupakan aktiviti tersendiri yang menyeronokkan. Walaupun dilarang, mereka akan terus bermain di mana sahaja meskipun dengan sehelai kertas di tangannya. Aktiviti bermain menjadi semakin penting apabila mereka meningkat usia terutamanya dalam tahap kanak-kanak peringkat pertengahan (middle stage of childhood). Kajian yang dilakukan oleh Hoffeth dan Sandberg (2001), mendapati bahawa kanak-kanak yang lebih dewasa memperuntukkan masa bermain yang lebih lama berbanding dengan kanak-kanak pada tahap awal perkembangannya (early stage of childhood).

( Rujukan Jurnal bertajuk DARI HALAMAN RUMAH KE HADAPAN LAYAR: POLA BERMAIN DAN FUNGSINYA KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

Comments